Keanggunan mu terserlah :*
Dalam banyak-banyak manusia yang memandang kau, ada yang akan sayang pada kau, ada yang akan benci pada kau dan ada juga yang hanya memandang kosong. Aku sebenarnya dah tak larat nak dengar segala tohmahan dan juga cacian dari pembawa-pembawa najis itu. Aku sedar aku ni tak baik mana pun, apa yang keluar dari mulut aku ni serba-serbi tak kena pada mata dan telinga kau. Tapi aku tak bermain dengan perasaan orang. Kau ingat tu. Nak bandingkan apa yang keluar dari pihak aku lebih bagus dari apa yang keluar dari pihak kau yang ajet ajet bagus tu. Aku tak menipu manusia dengan ayat aku. Tapi ramai yang tertipu dengan ayat bermotivasi dan " caring " kau tu. Dan pada penilaian aku lah kan, aku ni lagi bagus dari kau. Entah, pedulikan apa orang nak kata tapi itu yang aku tahu.
Aku sebenarnya kadang-kadang hampir tersungkur bila dengar anjing-anjing tu melalak dengan tahap maksima. Yelah, aku pun manusia biasa. Mana tahan bila semua pakat keluar taring. Semua pakat nak tunjuk yang dia tu bagus, dia ni bagus. Kadang-kadang tu aku rasa nak termuntah bila baca ayat-ayat mereka. Mungkin mereka bahagia dengan cara itu, mungkin.
Siapa kata aku talam dua muka? Sila tahu yang aku kalau tak suka, aku memang tak suka dan secara jujurnya perlakuan aku melambangkan yang aku tak suka. Kalau berterus-terang mula lah ada yang tumbang. Malas nak ambil port.
Dan untuk manusia yang satu ini, aku dah tak lalu dengan segala kekotoran yang kau beri. Dan aku takkan berpatah balik ke arah kau. Mohon pergi jauh dari hidup aku. Jangan muncul, jangan mencari kerna jikalau kau ada makin gelap dunia aku.
Mungkin mereka seronok bersama pasangan masing-masing. Mungkin mereka bahagia begitu. Mungkin untuk beribu kali pun masih mungkin tanpa ketahui kebenaran. Dah lah, aku penat mencurah perasaan. Next movie pleaseeeee. Hiks.
Hentikan pendustaan kau si durjana.
Tatap muka bahagia aku puas-puas. Ingat sampai mati.


No comments:
Post a Comment
heyyy