\^,^/
Saya harap orang yang pernah terasa disindir oleh saya maafkan saya. I'm sorry
Dekat sekolah dulu, selalu belajar dan gunakan pepatah ni
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
Ya, saya tahu I'm not good enough. I do a lot of offense. Saya tahu mulut saya ni insurans dah expired. Saya bebas bersuara tanpa risau apa orang nak kata, apa yang orang fikir, apa yang orang terasa, apa yang orang menyampah, apa apa dan apa. The truth is saya sungguh mempunyai perasaan bersalah. Cuma saya dah tak tahu nak bagitahu dan lepaskan macam mana. I know orang yang memerli ni sangat tidak elok. Saya dah cuba. Berulang kali saya cuba. Kadang-kadang sampai jemu mencuba. Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang tak. Penat? Ya, sangat penat. Seriously, saya berharap sangat yang sifat buruk saya ni akan dapat diatasi.
Kadang-kadang saya dah berjaya atasi, tahan perasaan ego, marah, rasa nak mengamuk semua tu. Saya bermati-matian bertempur dengan sang hati dan jejari untuk tidak mengeluarkan statement yang buat orang benci dan pandang serong tentang saya. Tapi saya cuma manusia biasa yang selalu tewas dengan nafsu dan perasaan apabila otak dan hati berselirat dengan marah. Saya terfikir juga berapa ramai yang benci bila baca status saya mahupun apa yang telah ditweet. Berapa ramai yang dalam hati rasa nak balas dendam dengan kenyataan saya. Berapa ramai yang tunggu saya rebah dan tak berdaya nak mengeluarkan satu patah perkataan pun. Berapa ramai yang rasa ingin meluahkan ayat "go die" kepada saya. Astaghfirullahalazim. Banyak dosa saya. Saya minta maaf juga jikalau statement saya banyak membuat anda-anda mendapat dosa. Mohon maaf atas segalanya.
Saya harap ramai yang masih setia menjadi tempat saya bersandar untuk melepaskan segala lelah yang tidak mampu saya tanggung seorang diri. Saya mengaku, saya lemah. Saya akan cuba berubah, saya tak janji tapi I'll try. Harap banyak yang hulurkan bantuan membantu saya menjadi yang lebih baik. Terima kasih kepada sesiapa yang selalu, pernah, sedang mendoakan kesejahteraan hidup saya. Semoga hidup kita semua diberkati. InshaAllah. Allah lah tempat kita bergantung harap dan dengan izinNya kebahagiaan bakal menjelma dan dapat merasai nikmat kurniaan Allah.
p/s: Terima kasih manusia-manusia yang sering menegur (;
Terima Kasih Semua : )
.jpg)
go atyn go ! HAHA
ReplyDeletengeh ngeh. haha. thankyouuuuuuu :D
Delete