Sunday, 11 November 2012



KELUARGA



.
 Bukan senang nak menjaga, memelihara. Tidak mudah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kadang-kadang bergaduh, tak puas hati, marah-marah, maki-maki. Yang menjaga satu sama lain tu, kadang-kadang penuh keikhlasan, kadang-kadang tidak. Ada yang sayang macam keluargalah segalanya, ada yang buat bodoh je dekat keluarga sendiri. Sampai ada yang rasa lebih baik berkawan dari berkeluarga. Ada juga yang rasa keluarga ni sangatlah membosankan. Malas katanya nak beramah mesra dengan keluarga sendiri. Tak havoc, tak fun, takde life. Keluarga ni selalunya lame. Kalau dapat keluarga yang kuat membebel tu lagilah rasa malas nak duduk lama-lama dengan keluarga. 




Tapi, dorang tak sedar yang sebenarnya keluarga ni lebih berharga dari segalanya. Keluarga juga yang banyak membantu kita meneruskan hidup. Hidup yang payah dan rumit dapat dijalani dengan mudah jika bersama keluarga. Diri pun dapat terdidik dengan tanggungjawab. Kalau korang ada masalah kewangan, siapa yang korang cari? Sure your family kan. Kawan tu ada yang boleh bantu, ada yang tak. Dorang pun takkan berusaha sungguh-sungguh nak bantu. Tapi, keluarga akan cari juga jalan nak bantu. Mak dengan Ayah yang akan cari masa dan ruang dan juga kesempatan untuk mendapatkan duit. Kadang-kadang kita tak sedar semua ni. Kita abaikan benda-benda ni. Tak pernah langsung nak bagi penghargaan. Tapi, keluarga masih setia membantu jika ada kesulitan.




Tapi, ada sesetengah yang kecewa kerana sikap keluarga sendiri. Ada Mak Ayah yang langsung tak ambil kisah hal anak-anak. Nak jadi penyangak ke, penyamun ke, and so on. Anak-anak ni pun mulalah memberontak sebab nak kan perhatian. Tapi Mak Ayah ni dungu, tak faham apa yang anak tu nak. Anak-anak yang baru nak membesar ni pun mulalah lalai dan leka dengan dunia. Dan betullah apa yang orang selalu kata, hidup berkeluarga perlukan agama yang boleh melahirkan manusia-manusia yang berwibawa. Keluarga sepatutnya berpegang teguh kepada ajaran Islam.




Ada juga anak-anak yang buat bodoh hal parents dorang. Dan ada yang serahkan parents dorang tu dekat rumah kebajikan. Tak kurang juga yang biarkan seorang sahaja dalam kalangan anak menjaga parents. Ini lah yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan Mak Ayah. Padahal anak-anak dia ramai, yang jaga lebih, sorang sahaja. Mana yang lain? Busy? Ohh, untunglah mereka sahaja yang berkerjaya. Yang terlampau mengejar dunia sampai mengabaikan Mak Ayah sendiri. Mana cucu-cucu yang lain? Ohh, tak suka balik kampung. Malas nak jaga tok, susah sangat nak jaga. Lagipun, tak maju lah kalau balik kampung. Rupa-rupanya, dorang tak sedar yang kerana sifat mereka ini, orang lain terpaksa berkorban terlampau lebih. Sampai nak keluar dari rumah pun susah. Dan sekiranya aku ada kuasa, bakal ku cekik mereka-mereka ini kerana tidak berusaha bersama menjaga Mak Ayah yang dahulunya menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. 




Yang penting, hidup berkeluarga itu banyak mengajar kita supaya lebih memahami orang lain, menghormati satu sama lain dan menjaga kepentingan bersama.

“You must remember, family is often born of blood, but it doesn't depend on blood. Nor is it exclusive of friendship. Family members can be your best friends, you know. And best friends, whether or not they are related to you, can be your family.” 
― Trenton Lee Stewart, The Mysterious Benedict Society


 And life goes on even sometimes its killing us. Fight for life, it is worth it babe!

No comments:

Post a Comment

heyyy